Perdana Menteri YAB Najib Tun Razak telah menghadiri ke Majlis Mesra rakyat ke DUN Buntong Perak pada 17 Mac 2012 turut bersama dengan PM ialah Menteri Besar Perak Dato seri Dr Zambry,Presiden MIC Dato Seri Palanivel,Presiden PPP Dato Kayves,Timbalan Menteri Dato S.K Devamany. Di mana Dun Buntong adalah populasi masyarakat kaum india yang kedua tertinggi Di Malaysia iaitu 51%.Pada Majlis tersebut lebih daripada 11 ribu orang masyarakat tempatan telah membanjiri khemah yang disediakan oleh pihak penganjur.Ini 1 petanda yg baik bahawa masyarakat kaum india telah percaya "Nambikkai" terhadap Barisan Nasional dan juga terhadap YAB Perdana Menteri yang kita sayangi.Para masyarakat setempat melaungkan 1 Malaysia apabila YAB masuk ke ruang khemah.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri, beliau terharu dengan kadatangan para masyarakat tempatan yang begitu ramai.Beliau juga mengumumkan peruntukan RM 5 juta untuk menambahbaik infrukstuktur di DUN Buntong serta tambah peruntukan RM 1 Juta bagi bantuan pelajaran masyarakat kaum india di perak.Beliau juga mengingati bahawa "Ithu Nam Naddu" (Negara kita) ,tepukan gemuruh daripada para hadirin apabila YAB berkata " Ithu Nam Naddu". Beliau juga mengingati bahawa jangan terperdaya dengan pihak pembangkang yang kerap kali membuat janji kosong seperti di Kg Buah Pala.
Nambikkai!!! Nambikkai!!! Nambikkai!!! Barisan Nasional Boleh!!!!http://www.youtube.com/watch?v=AvclMaQGkZg
K.Venothan
Ketua Biro IT Pemuda MIC Negeri Perak
Setiusaha Pemuda MIC Bahagian Gopeng Perak.
MIC YOUTH PERAK
Sunday, March 18, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)